FASAL 9 :MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
9.1 Pengelolaan PERTUBUHAN ini terserah pada mesyuarat agung ahli-ahli yang akan diadakan setiap tahun sekali.
9.2 Pengundian untuk memilih ahli jawatankuasa akan diadakan setiap dua (2) tahun sekali.
9.3 Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda
jumlah ahli jawatankuasa, mengikut mana-mana yang kurang hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan
perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
9.4 Jika korum tidak cukup selepas setengah (1/2) jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat,
maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat seperti sediakala sekiranya tiada bantahan daripada sekurang-
kurangnya 90% ahli-ahli yang hadir.
9.5 Sekiranya mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 14 hari) yang
ditetapkan oleh jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah (1/2) jam daripada waktu yang telah ditetapkan
untuk mesyuarat yang ditangguhkan maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat
seperti sediakala tetapi tidak berkuasa meminda undang-undang pertubuhan atau membuat keputusan-keputusan yang
melibatkan semua ahli.
9.6 Mesyuarat Agung Tahunan bagi PERTUBUHAN hendaklah di adakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya
tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh jawatankuasa.
Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah:
9.6.1 Menerima laporan jawatankuasa berkenaan perjalanan PERTUBUHAN di dalam tahun lalu.
9.6.2 Menerima laporan bendahari dan penyata kewangan yang telah di audit bagi tahun lalu
9.6.3 Memilih pemeriksa kira-kira untuk dua (2) tahun semasa melantik ahli jawatankuasa kecuali bagi jawatan
setiausaha kehormat dan bendahari kehormat yang dilantik oleh presiden.
9.6.4 Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu
9.7 Setiausaha Kehormat hendaklah menyebarkan kepada semua ahli-ahli yang berdaftar dan membayar yuran
tahunan satu notis pendahuluan yang mengatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat yang akan diadakan dan minta usul-usul
yang ingin dibentangkan oleh ahli-ahli di mesyuarat diberikan kepada Setiausaha Kehormat Kehormat 30 hari sebelum
Mesyuarat Agung Tahunan.
9.8 Setiausaha Kehormat hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 15 hari sebelum
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu notis dan agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata
kira-kira PERTUBUHAN bagi tahun lalu yang telah diaudit.
9.9 Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat
urusan PERTUBUHAN.
9.10 Mesyuarat Agung Tahunan berkuasa mentafsir, meluluskan usul, meminda dan menentukan apa-apa perkara
yang tidak jelas di dalam perlembagaan.
|