Nama
Tempat Urusan
Lambang
Tujuan
Keahlian
Hak Mengundi
Bayaran
Disiplin
Mesyuarat Agung
Mes.Agung Khas
Jawatan Kuasa
Pegawai
Kewangan
Audit
P.Amanah
Tafsiran
Pindaan
Penasihat
Larangan
Pembubaran
 
UNDANG-UNDANG PEMALIK

FASAl 15 :PEMEGANG AMANAH

15.1  Tiga orang Pemegang Amanah yang berumur lebih 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki PERTUBUHAN. Semua harta tetap kepunyaan PERTUBUHAN akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangai suatu Surat Amanah (Deed of Trust).

15.2  Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan PERTUBUHAN dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung PERTUBUHAN.

15.3  Seorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri (untuk tiga bulan berturutan) atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan.Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pemecatan seorang Pemegang Amanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru yang dilantik di dalam mesyuarat agung.