FASAL 7 :BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAINI
7.1 Bayaran Masuk dan yuran tahunan bagi kesemua ahli ialah
a. Bayaran Masuk RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja).
b. Yuran tahunan keahlian RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)seorang ahli.
c. Yuran keahlian seumur hidup ialah RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja.)
7.2 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Kerhormat terlebih
dahulu dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum 31 Mac setiap tahun.
7.3 Ahli yang membiarkan hutang yurannya sebanyak satu (1) tahun akan menerima surat peringatan yang
ditandatangai oleh Setiausaha Kehormat atau wakilnya dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga
hutangnya telah dijelaskan.
7.4 Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli ataupun orang awam untuk perkara yang tertentu
boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat ahli jawatankuasa PERTUBUHAN.
|