Nama
Tempat Urusan
Lambang
Tujuan
Keahlian
Hak Mengundi
Bayaran
Disiplin
Mesyuarat Agung
Mes.Agung Khas
Jawatan Kuasa
Pegawai
Kewangan
Audit
P.Amanah
Tafsiran
Pindaan
Penasihat
Larangan
Pembubaran
 
 
UNDANG-UNDANG PEMALIK

FASAL 5 :KEAHLIAN

Keahlian Pertubuhan terbahagi kepada dua kategori iaitu Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu

5.1  Ahli Biasa

    5.1.1  Mesti berumur 18 tahun ke atas dan menetap atau berkerja di Kuala Lumpur atau Selangor.

    5.1.2  Warganegara Malaysia.

    5.1.3  Keahlian mereka tidak dilarang oleh undang-undang lain yang sedia ada.

    5.1.4  Ahli-ahli mestilah terdiri daripada ibu atau bapa yang tertindas disebabkan oleh proses alienasi daripada anak-anak mereka atau mereka yang menyokong ibu atau bapa yang tertindas oleh proses alienasi daripada anak-anak mereka.

    5.1.5  Mereka yang menyokong ibu atau bapa yang tertindas oleh proses alienasi daripada anak-anak mereka boleh juga diterima menjadi ahli

    5.1.6  Bilangan had ahli akan ditentukan oleh ahli jawatankuasa dari masa ke semasa

    5.2  Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Kehormat yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

    5.3  Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli PERTUBUHAN dan berhaklah ia sebagai ahli.

    5.4  Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli PERTUBUHAN ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan. PERTUBUHAN.

5.5  Ahli Bersekutu

    5.5.1  Mesti berumur 18 tahun ke atas.

    5.5.2  Warganegara Malaysia dan tidak bermastautin di Kuala Lumpur dan Selangor boleh diterima masuk sebagai ahli bersekutu.

    5.5.3  Sesiapa yang bukan warganegara Malaysia boleh juga diterima masuk sebagai ahli bersekutu.

5.6  Ahli Bersekutu tidak mempunyai hak mengundi dan tidak layak menjadi ahli jawatankuasa.

5.7  Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi Ahli Bersekutu PERTUBUHAN dan berhaklah ia sebagai Ahli Bersekutu.