Nama
Tempat Urusan
Lambang
Tujuan
Keahlian
Hak Mengundi
Bayaran
Disiplin
Mesyuarat Agung
Mes.Agung Khas
Jawatan Kuasa
Pegawai
Kewangan
Audit
P.Amanah
Tafsiran
Pindaan
Penasihat
Larangan
Pembubaran
 
 
UNDANG-UNDANG PEMALIK

FASAl 13 :KEWANGAN

    13.1  Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang wang PERTUBUHAN boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan PERTUBUHAN, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan Pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah pemeriksa kira-kira. Walaubagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

    13.2  Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun bank yang diluluskan oleh jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama PERTUBUHAN.

    13.3  Segala cek atau penyata pengeluaran wang daripada kira-kira PERTUBUHAN hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha Kehormat atau Bendahari Kehormat maka bolehlah jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang PERTUBUHAN.

    13.4  Perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak dilulus terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan wang yang lebih daripada RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) boleh diluluskan bersama oleh Presiden, Setiausaha Kehormat dan Bendahari Kehormat.

    13.5  Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah FASAL 14 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan.

    13.6  Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk malkuman ahli di tempat urusan PERTUBUHAN.

    13.7  Tahun kewangan PERTUBUHAN ini bermula daripada 1hb Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.