Nama
Tempat Urusan
Lambang
Tujuan
Keahlian
Hak Mengundi
Bayaran
Disiplin
Mesyuarat Agung
Mes.Agung Khas
Jawatan Kuasa
Pegawai
Kewangan
Audit
P.Amanah
Tafsiran
Pindaan
Penasihat
Larangan
Pembubaran
 
 
UNDANG-UNDANG PEMALIK

FASAL 10 :MESYUARAT AGUNG KHAS

    10.1  Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

    10.2  Pengumuman dan agenda untuk mesyuarat agung khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.

    10.1  Mesyuarat Agung Khas bagi PERTUBUHAN ini boleh di adakan:

      10.3.1  Bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa, atau

      10.3.2  Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 40% daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kehormat PERTUBUHAN.



    10.4  Fasal 9.3, 9.4 dan 9.5 didalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah (1/2) jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan dari tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.