Nama
Tempat Urusan
Lambang
Tujuan
Keahlian
Hak Mengundi
Bayaran
Disiplin
Mesyuarat Agung
Mes.Agung Khas
Jawatan Kuasa
Pegawai
Kewangan
Audit
P.Amanah
Tafsiran
Pindaan
Penasihat
Larangan
Pembubaran
 
 
UNDANG-UNDANG PEMALIK

FASAL 11 :JAWATANKUASA

    11.1  Satu jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai PERTUBUHAN hendaklah dipilih didalam Mesyuarat Agung Tahunan bagi tempoh dua (2) tahun:-

      11.1.1  Seorang Presiden
      11.1.2  Seorang Timbalan Presiden
      11.1.3  Seorang Naib Presiden
      11.1.4  Lima (5) ahli Jawatankuasa

        11.1.4.1.  Setiausaha Kehormat dilantik daripada salah seorang lima (5) ahli jawatankuasa oleh Presiden

        11.1.4.2.  Bendahari Kehormat dilantik daripada salah seorang lima (5) ahli jawatankuasa oleh Presiden.

    11.2  Pemegang-pemegang jawatan PERTUBUHAN ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam PERTUBUHAN hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia.

    11.3  Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap dua (2) tahun sekali. Semua pegawai layak dilantik semula untuk tempoh dua (2) tahun.

    11.4  Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian PERTUBUHAN dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan PERTUBUHAN mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiataan dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

    11.5  Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat kurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya di adakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya lima (5) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

    11.6  Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan jawatankuasa dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat di adakan, maka Setiausaha Kehormat bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat perkeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan jawatankuasa boleh dianggap telah diterima.

      11.6.1  Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli jawatankuasa.

      11.6.2  Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka tehadap cadangan itu; dan

      11.6.3  Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

      11.6.4  Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Kehormat kepada mesyuarat jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan didalam peringatan mesyuarat.

    11.7  Ahli jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam jawatankuasa.

    11.8  Jika seorang ahli jawatan kuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, Presiden akan memilih seorang ahli untuk memenuhi kekosongan itu sehingga pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan di adakan.

    11.9  Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha Kehormat dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan PERTUBUHAN, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan PERTUBUHAN.

    11.10  Jawatankuasa boleh menubuhkan jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli untuk mengetuai jawatankuasa kecil.

    11.11  Ketua ahli jawatankuasa kecil boleh dijemput menghadiri mesyuarat jawatankuasa sebagai pemerhati

    11.12  Ketua ahli jawatankuasa yang dijemput sebagai pemerhati untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa tidak berhak mengundi dalam mesyuarat jawatankuasa.