Nama
Tempat Urusan
Lambang
Tujuan
Keahlian
Hak Mengundi
Bayaran
Disiplin
Mesyuarat Agung
Mes.Agung Khas
Jawatan Kuasa
Pegawai
Kewangan
Audit
P.Amanah
Tafsiran
Pindaan
Penasihat
Larangan
Pembubaran
 
 
UNDANG-UNDANG PEMALIK

FASAL 19 :LARANGAN

    19.1  Semua permainan perjudian di atas nama PERTUBUHAN adalah dilarang. 19.2  PERTUBUHAN atau ahli-ahli tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

    19.3  PERTUBUHAN ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak atas nama PERTUBUHAN atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

    19.4  "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh PERTUBUHAN kepada mana-mana ahlinya.