Home
About Us
Alienation
Objectives
Office Bearers
Membership
Perlembagaan
News Media
Events
A Presentation
Our Blog
Related Links
Email Us
 
 

Ucapan

Ucapan daripada Yang Berhormat Datin Paduka Chew Mei Fun Setiausaha Parliament, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Malaysia sempena merasmikan pembukaan pertubuhan kami pada 17hb Mach 2007

Dato'-Dato', Datin-Datin,

Wakil-wakil media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur, kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis Pelancaran Pertubuhan Mencegah Alienasi Keibubapaan Kuala Lumpur dan Selangor (PEMALIK) pada pagi yang ceria ini.

Saya juga mengucapkan syabas kepada semua ahli pertubuhan ini, kerana begitu komited dan berganding bahu untuk merealisasikan pelancaran pertubuhan ini. Saya percaya kejayaan tersebut adalah atas kesedaran dan usaha gigih tuan-tuan dan puan-puan selama ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Perkahwinan merupakan satu ikatan perjanjian suci yang didasari oleh rasa cinta dan kasih sayang antara suami dan isteri. Dalam erti lain, perkahwinan adalah satu bentuk komitmen dan dedikasi antara seorang lelaki dengan seorang perempuan untuk hidup bersama dan berkekalan dalam sebuah rumah tangga. Perkahwinan seharusnya berlandaskan niat dan cara yang betul bagi memastikan ikatan ini menjadi ideal dan kekal. Asas bagi membentuk keluarga yang bahagia dan sempurna juga adalah melalui perkahwinan.

Namun begitu membina sebuah perkahwinan yang bahagia dan ideal bukannya suatu perkara yang mudah dan senang. Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa ditempuhi. Adakalanya, 'Panas yang diharapkan tidak sampai ke petang, tiba-tiba hujan ditengah hari', kebahagian yang diharapkan berkekalan, kadang-kadang putus di tengah jalan. Seterusnya, perkahwinan yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi akan berakhir dengan perceraian.   Continue...