Home
About Us
Alienation
Objectives
Office Bearers
Membership
Perlembagaan
News Media
Events
A Presentation
Our Blog
Related Links
Email Us
 
 

Ucapan

Sehubungan dengan itu, institusi perkahwinan di negara ini perlu diberikan perhatian yang lebih serius memandangkan cabaran keluarga yang semakin meningkat. Justeru itu setiap pasangan perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu, kemahiran, kesihatan fisikal dan mental supaya dapat mengatasi segala cabaran. Hakikat penyatuan dua insan dalam rumah tangga memerlukan banyak kesabaran, saling mempercayai dan perhubungan yang mesra kerana masa bersama pasangan adalah dalam jangkamasa yang lama. Suami atau isteri tidak boleh menjadikan pasangan mereka seperti yang di idamkan dengan sekelip mata, terimalah seadanya tetapi boleh cuba secara perlahan-lahan untuk mencapai impian. Dengan cara begini saya percaya setiap pasangan mampu mempertahankan mahligai perkahwinannya.

Sebagaimana yang kita maklum, perceraian memberikan kesan negatif kepada anak-anak. Nilai-nilai yang diamalkan dalam hidup berkeluarga mula diketepikan. Adakalanya perasaan anak-anak sudah tidak diperdulikan lagi. Masing-masing mengikut kata hati, berdendam dan sentiasa bermusuhan. Lebih menyedihkan sekiranya anak-anak tersebut menjadi mangsa rebutan antara ibu dan bapa yang bercerai berai.

Memandangkan institusi kekeluargaan kita telah kian longgar, kerajaan melalui Kementrian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama agensi-agensi dibawahnya, telah beusaha serta mengambil inisiatif untuk mengekalkan insitusi kekeluargaan.

Pelbagai program kekeluargaan selaras dengan konsep 'Mencegah lebih baik dari mengubat dijalankan antaranya Kursus Praperkahwinan Smartstart yang menyediakan maklumat dan pengetahuan kepada pengantin baru mengenai peranan dan tanggungjawab masing-masing serta kepentingan memupuk hubungan dalam perkahwinan. Tujuh bidang utama terkandung dalam pakej tersebut iaitu persediaan perkahwinan, alam perkahwinan, kesihatan keluarga, kehamilan dan kelahiran, keibubapaan, mengurus pendapatan keluarga serta mengurus tekanan dan konflik.

Menyedari pertambahan penyertaan wanita dalam tenaga buruh pula, isu mengimbangi kerja dan keluarga perlu ditangani dengan baik oleh keluarga dwikerja.  Continue...