Home
About Us
Alienation
Objectives
Office Bearers
Membership
Perlembagaan
News Media
Events
A Presentation
Our Blog
Related Links
Email Us
 
 

Ucapan

Oleh yang demikian, bagi memastikan keseimbangan di antara produktiviti kerja dan kesejahteraaan keluarga yang mencukupi untuk membantu mereka mengimbangi kehidupan bekerja. Bagi tujuan ini, Kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah membuat strategi baru dalam memastikan ibu bapa bekerja mendapat pendidikan dan kemahiran ini. Sehubungan itu, dalam menyediakan perkhidmatan latihan dan kursus kepada masyarakat, LPPKN telah merancang strategi dari 'Masyarakat datang kepada LPPKN' kepada 'LPPKN datang kepada masyarakat'. Melalui strategi ini, kursus keibubapaan kepada golongan berkejaya iaitu Parenting @ Work telah diluluskan oleh Kabinet untuk diadakan di tempat-tempat kerja bermula dengan Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan.

Usaha akan terus diambil bagi melaksanakan program yang memupuk keperibadian dan nilai kekeluargaan yang menyumbang ke arah keutuhan, integriti, kemantapan dan kesepaduan keluarga. Oleh itu, aktiviti dan program mesra keluarga yang menyumbang ke arah pengukuhan perkahwinan, pemupukan nilai kekeluargaan dan perkongsian sumber, tanggungjawab dan tugas yang saksama akan dijalankan dari masa ke semasa.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Suasana mesra dan bahagia di rumah perlu diwujudkan. Jalinkan ikatan yang rapat antara setiap ahli keluarga. Jadikan diri kita sebagai tempat anak-anak mengadu, bertanya pendapat mahupun menimba pengetahuan. Beri kasih sayang kepada setiap ahli keluarga kita.

Kepada pasangan yang kurang bernasib baik dan terpaksa berpisah, terimalah kenyataan tersebut dengan hati yang terbuka. Kekalkan kasih sayang anda terhadap anak-anak, hormatilah bekas pasangan anda, amalkan sikap bertolak ansur dan jalankan peranan dan tanggung jawab sebagai ibu atau bapa, walaupun sudah tinggal berasingan. Hapuskan rasa dendam dan berilah keutamaan kepada anak-anak yang menjadi mangsa perceraian itu. Ingatlah, anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang ibu bapa akan kosong jiwanya dan mudah dipengaruhi oleh perkara-perkara yang negatif.   Continue...