Nama
Tempat Urusan
Lambang
Tujuan
Keahlian
Hak Mengundi
Bayaran
Disiplin
Mesyuarat Agung
Mes.Agung Khas
Jawatan Kuasa
Pegawai
Kewangan
Audit
P.Amanah
Tafsiran
Pindaan
Penasihat
Larangan
Pembubaran
 
 
UNDANG-UNDANG PEMALIK

FASAL 12 :KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

    12.1  Presiden hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus. Ia boleh menjadi salah seorang untuk menandatangi semua cek PERTUBUHAN bersama dengan dua orang lagi jawatankuasa utama

    12.2  Timbalan Presiden akan menjalankan tugas Presiden semasa ketiadaannya. Ia boleh menjadi salah seorang untuk menandatangi semua cek PERTUBUHAN bersama dengan dua orang lagi jawatankuasa utama.

    12.3  Naib Presiden akan menjalankan tugas Presiden semasa ketiadaan Presiden serta ketiadaan Timbalan Presiden. Ia boleh menjadi salah seorang untuk menandatangani semua cek PERTUBUHAN bersama dengan dua orang lagi jawatankuasa utama.

    12.4  Setiausaha Kehormat akan mengeluarkan notis memanggil mesyuarat dan mencatat minit-minit mesyuarat. Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan kerja pentadbiran PERTUBUHAN mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku,surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha Kehormat hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama,tempat dan tarikh lahir, no kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Setiausaha Kehormat hendaklah dalam masa 60 hari daripada tarikh mesyuarat agung tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan PERTUBUHAN kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966. Setiausaha Kehormat boleh menjadi salah seorang untuk menandatangi semua cek PERTUBUHAN bersama dengan dua orang lagi jawatankuasa utama.

    12.5  Bendahari Kehormat bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan petubuhan. Dia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia boleh menjadi salah seorang untuk menandatangi semua cek PERTUBUHAN bersama dengan dua orang lagi jawatankuasa utama.

    12.6  Ahli-ahli jawatankuasa PERTUBUHAN hendaklah menghadiri setiap mesyuarat dan membantu Pegawai-pegawai di atas menjalankan kegiatan PERTUBUHAN.

    12.7  Tanggungjawab jawatankuasa PERTUBUHAN ialah

      12.7.1  Merancang, merangka, menyelaras perancangan dasar serta perlaksanaan dasar PERTUBUHAN.
      12.7.2  Menyelaraskan aktiviti-aktiviti PERTUBUHAN.

    12.8  Jawatankuasa PERTUBUHAN mestilah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam tempoh masa 3 bulan. Notis untuk menghadiri mesyuarat ini hendaklah diberi dalam tempoh 7 hari kepada kesemua ahli.

    12.9  Korum bagi mesyuarat jawatankuasa ini mencukupi sekiranya sekurang-kurangnya 4 orang hadir.

    12.10  Jawatankuasa PERTUBUHAN boleh menubuhkan jawatankuasa kecil bagi menyelaraskan aktiviti-aktiviti PERTUBUHAN.