20.1 PERTUBUHAN ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung dipanggil khas
kerananya.
20.2 Sekiranya PERTUBUHAN hendak dibubarkan secara yang disebutkan diatas, maka segala
hutang dan tanggungan PERTUBUHAN yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal
hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung yang berkenaan.
20.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.