In the Parliament - Official Reply to Divorce effects in Malaysia
Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ]
Diminta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah peratusan kes cerai berlaku di Negara ini sepanjang 2007 berdasarkan bangsa dan agama. Daripada jumlah tersebut, adakah kajian dibuat terhadap kanak-kanak yang mengalami trauma akibat daripada penceraian.
Tuan Yang Dipertua,
Datarasmi kes cerai dari Jabatan Kemajuan islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
bagi tahun 2007 belum lagi ada. Walau bagaimana pun, berdasarkan data rasmi tahun 2006, kes penceraian
yang dilaporkan bagi pasangan Islam ialah sebanyak 21,419 dan 4,066 bagi pasangan bukan Islam. Kajian
Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 9KPKM-4), yang dilaksanakan pada tahun 2004 oleh Lembaga Penduduk
dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati peratusan bercerai bagi penduduk berumur 15 tahun dan
lebih ialah 1.4 peratus dari jumlah penduduk Malaysia dalam kategori unur tersebut.
Berdasarkan kajian-kajian sedia ada, penceraian sememangnya memberi kesan negatif dan trauma kepada
kanak-kanak seperti rendah diri, murung, agresif dan transeksual. Antara penemuannya yang diperolehi
dari kajian sedia ada mengenai penceraian ialah:
*Kajian "A Preliminary Study On Non-Custodial Fathers Contact With Their Children After Divorce In
Malaysia" (Prof Madya Dr. Zaleha kamarudin, UKM 2005) menyimpulkan bahawa anak-anak yang masih kecil
lazimnya tidak mempunyai hubungan yang akrab dan mesra dengan bapasekalipun pihak bapa masih
mempunyai tanggungjawab memberi nafkah, menyediakan keperluan pendidikan dan material kepada
anak.
* Kajian Kesejahteraan Anak dan Kefungsian Keluarga Ibu Tunggal Melayu di Bandar: Pengaruh Faktor
Risiko dan pelindung (Dr Anjli Doshi, LPPKN 2005) mendapati, kesulitan ekonomi meruakan faktor
risiko penting memberi kesan ke atas kesejahteraan anak. Selain itu, penemuan kajian menunjukkan
bahawa ibu tunggal yang mempunyai tahap kefungsian pelindung yang lebih tinggi (kecekapan
mengendalikan tekanan, tingkahlaku keibubapaan dan sokongan sosial)lebih berkecenderungan mempunyai
tahap kegungsian keluarga
dan kesejahteraan anak yang lebih tinggi.
Sementara itu, dari beberapa kajian yang dibuat di negara-negara barat didapati anak-anak yang
dibesarkan dari eluarga yang dipimpin oleh ibu tunggal atau bapa tunggal lebih cenderung terlibat
lebih awal dalam aktiviti seksual berbanding rakan-rakan sebaya (sumber: Journal of Behavioral Medicine
17 "The Social Context for Risky Sexual Behavior Among Adolescents" Carol W.Metzler 1994) dan remaja
yang tinggal dalam keluarga yang dipimpin oleh ibu/bapa tunggal lebih cenderung terlibat dalam
kes-kes seperti bunuh diri dan menghadapi masalah psikologi (sumber: Kajian "Post-traumatic Stress
Disorder in Peer of Adolescent Suicide Victims: Predisposing Factors and Phenomenology." Journal
of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry 34, David A.Brent 1995).
Walau bagaimanaoun, Kementerian berpendirian bahawa faktor-faktor positif dalam persekitaran anak-anak
seperti sokongan sosial dripada keluarga, ibu bapa yang telah berpisah sedia bertolak ansur serta
mementingkan kesejahteraan anak akan memudahkan proses penyesuaian anak-anak kepada penceraian ibu
bapa.


