Nama
Tempat Urusan
Lambang
Tujuan
Keahlian
Hak Mengundi
Bayaran
Disiplin
Mesyuarat Agung
Mes.Agung Khas
Jawatan Kuasa
Pegawai
Kewangan
Audit
P.Amanah
Tafsiran
Pindaan
Penasihat
Larangan
Pembubaran
 
 
UNDANG-UNDANG PEMALIK

FASAL 4 :TUJUAN / MATLAMAT

    4.1  Tujuan PERTUBUHAN ialah menolong ibu atau bapa yang dialienasikan daripada anak-anak mereka

    4.2  Membangkitkan kesedaran melalui forum, media massa dan lain-lain cara mengenai tindakan alienasi ibu atau bapa terhadap anak-anak dan kesan-kesan negatif tindakan ini dari segi tumbesaran emosi, mental dan sosial anak-anak.

    4.3  Membangkitkan kesedaran mengenai trauma emosi kanak-kanak yang tidak dapat mempunyai perhubungan biasa dengan ibu atau bapa mereka.

    4.4  Membangkitkan kesedaran tentang kepentingan perkongsian tanggungjawab kedua-dua ibu dan bapa dalam tumbesaran fizikal, mental dan emosi anak-anak walaupun terdapat masalah rumah tangga, kes perceraian dan/atau perpisahan dan pandangan berlainan.

    4.5  Membangkitkan kesedaran kepada para peguam dan badan-badan yang berkaitan mengenai alienasi keibubapaan.

    4.6  Mengkaji dan mencadangkan pembaharuan undang-undang yang mengalienasikan ibu atau bapa daripada anak-anak mereka.

    4.7  Untuk mencapai tujuan/matlamat PERTUBUHAN, Jawatankuasa boleh membenarkan aktiviti mengutip derma, menerima sumbangan, mengadakan program seperti menjual buku, mengadakan forum, kursus untuk menjana pendapatan PERTUBUHAN dengan syarat-syarat kebenaran pendaftaran pertubuhan dan atau agensi berkenaan.