Nama
Tempat Urusan
Lambang
Tujuan
Keahlian
Hak Mengundi
Bayaran
Disiplin
Mesyuarat Agung
Mes.Agung Khas
Jawatan Kuasa
Pegawai
Kewangan
Audit
P.Amanah
Tafsiran
Pindaan
Penasihat
Larangan
Pembubaran
 
 
UNDANG-UNDANG BAGI

Pertubuhan Memupuk Asas Ikatan Keluarga, Kuala Lumpur dan Selangor (Association For Fostering Family Ties, Kuala Lumpur and Selangor) PEMALIK


FASAL 1: NAMA

1.1  Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Memupuk Asas Ikatan Keluarga Kuala Lumpur dan Selangor. Secara singkat akan dikenali sebagai "PEMALIK". Dalam Bahasa Inggeris pertubuhan ini akan dikenali sebagai "Association For Fostering Family Ties Kuala Lumpur And Selangor" Selepas ini disebut "PERTUBUHAN".

1.2  "Ibubapa yang dialienasi" bermakna seseorang ibu atau bapa yang tidak dapat menghubungi, mendampingi, mengadakan aktiviti seharian secara bebas tanpa sekatan daripada ibu atau bapa atau keluarga yang mempunyai hak penjagaan dibawah undang-undang ataupun secara de facto disebabkan oleh masalah rumahtangga atau kes Mahkamah.

1.3  "Kanak-kanak" bermakna anak-anak kepada ibu atau bapa samada anak kandung, anak angkat, anak tiri atau anak di luar nikah.